Lebih 40,000 penduduk sekitar Parlimen Tasek Gelugor hadir memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Tan Sri Nor Mohamed Yakcop di Dewan Besar Sungai Dua, baru-baru ini.
Orang ramai dari semua bangsa mula membanjiri Dewan Besar bermula sejak pukul sembilan pagi walaupun majlis hanya bermula pada pukul 10 pagi dengan ketibaan Menteri di JPM, Tan Sri Nor Yakcop serta isteri.
Majlis turut diserikan dengan persembahan tradisional serta dendangan lagu raya oleh kumpulan penyanyi tempatan.
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop serta isteri turut menyampaikan sumbangan duit raya kepada tetamu istimewa, kanak-kanak kurang upaya serta guru dari Pendidikan Khas Sekolah Menengah Kebangsaan Kepala Batas.
Turut memeriahkan majlis ialah tetamu kehormat, Yang diPertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas dan isteri serta Menteri di JPM, Datuk Jamil Khir Baharom, serta pemimpin komponen Barisan Nasional Pulau Pinang.

No comments:
Post a Comment