Sindiket memproses dadah serta mengedar di sebuah bangsal dalam kebun durian di Jalan Batu Ferringhi, Telok Bahang ditumpaskan oleh Jabatan Kastam Malaysia.
Penolong Ketua Pengarah Kastam Malaysia, Bahagian Penguatkuasaan, Datuk Ismail Ibrahim menunjukkan dadah yang disorok dalam komputer riba dipercayai bertujuan untuk diedarkan selepas sidang akhbar di Kompleks Kastam Prai, Pulau Pinang.
Penolong Ketua Pengarah Kastam Malaysia, Bahagian Penguatkuasaan, Datuk Ismail Ibrahim menunjukkan dadah yang siap diproses seberat 15.281kg bernilai RM3 juta dirampas Jabatan Kastam Diraja Malaysia, selepas sidang akhbar di Kompleks Kastam Prai, Pulau Pinang.
Antara senjata api yang ditemui ketika serbuan makmal dadah mini di kebun durian di Jalan Batu Ferringhi, Telok Bahang, selepas sidang akhbar di Kompleks Kastam Prai, Pulau Pinang.
No comments:
Post a Comment